Thursday, November 19, 2009

SAFAR NOVEMBER 2009

ADA HATI TERGURIS DENGAN BICARAKU,
ADA HATI TERLUKA DENGAN TULISANKU,
ADA AIRMATA BERJURAI KERANA KEKASARANKU,
ADA BENCI DALAM DADAMU KERANA TINGKAHKU,
ADA MARAH DENGAN KOMEN-KOMENKU.

SEMUA ITU KERANA BANYAKNYA KHILAF DAN SALAH DIRIKU YANG PENUH DENGAN DOSA DAN SALAH,
YANG SELALU LUPA DAN ALPA,
YANG SELALU BURUK SANGKA,
YANG SELALU BANGGA DENGAN KEKURANGAN DIRI,
YANG SELALU IRI DENGAN KEBAHAGIAN MANUSIA,
YANG SELALU GAGAL MEMAHAMI JIWA-JIWA MANUSIA,
YANG SELALU SALAH DAN MALAS UNTUK BERUBAH.

WAHAI TEMAN DAN KENALAN,
CUTI PANJANG AKAN BERMULA,
BERSAMA TANDA BESAR DI KALENDAR 21 NOVEMBER 2009 AKU AKAN BERSAFAR MELAKUKAN PERJALANAN RABBANIYAH,
MENCARI CINTA ABADI REDHA ILAHI.

BELAJAR MEMAHAMI SEMUA TANDA DAN ALAMAT.
CUBA BETULI DIRI BERSIHKAN JIWA.
DOAKAN PEMERGIANKU INI DALAM RAHMAT DAN HIDAYAH ILAHI.
DOAKAN PEMERGIANKU INI BERSAMA SENYUM DAN MAAF INSANI.
SELAMAT BERCUTI.
AMPUNKAN AKU MAAFKAN AKU.

Thursday, November 12, 2009

tontonlah video mengenai wahabi lagi yang saya kumpul dari youtube.

anda sebenarnya mungkin dah pun tengok video2 tetapi saya kumpulkan ini untuk mudahkan lagi akses kepada maklumat ttg wahabi...

selamat menonton .....
































P/S :SAHABAT-SAHABATKU SEKALIAN, MASIH BANYAK KOLEKSI TENTANG WAHABI INI. INSYA ALLAH AKAN BERSAMBUNG PADA MASA AKAN DATANG....

Saturday, November 7, 2009

Gerakan Wahabi

Tontonlah video ini.....

Ini adalah antara penjelasan mengenai gerakan wahabi...

saya tak kata saya pro atau kontra mengenai syarahan ustaz ini tetapi saya nak mengajak saudara-saudara sekalian mengumpul beberapa maklumat mengenai gerakan wahabi.

">

Tuesday, November 3, 2009

1 Harapan 1 Perjuangan 1 Bangsa Malaysia Yang Harmoni

Saya tahu mungkin anda dah pun tonton video ni....

Saya rasa idea 1 malaysia tu lebih baik dilaksanakan di bawah panji-panji perlembagaan rakyat yang dipaparkan dalam video ni....

Ini adalah suntingan daripada versi penuh dokumentari Malaysia 10 tahun sebelum kemerdekaan...

Berkaitan Perlembagaan Rakyat dan Perlembagaan Federation

Selamat menonton....





Faham maksud saya??????
Tak faham tanya!!!!!!!!!!!!!

Indahnya 1 malaysia tanpa diskriminasi....
Harmoninya 1 malaysia tanpa syak wasangka...
Amannya 1 malaysia tanpa tuding-menuding mencari salah orang lain...

Tapi......

Siapa yang mampu menulis semula sejarah...

Dan apakah sejarah perlu ditulis semula??????

Last sekali komen pakar sejarah mengenai video ini....



Hari ini adalah kesan corak pemikiran pelakar sejarah masa lalu...

Takkan kita sebagai pelakar sejarah masa depan akan melakukan kesalahan yang sama???

Lu fikirlah sendiri.....

Monday, November 2, 2009

Hampir sejam bagi tazkirah di Konvensyen Pengawas SMPL

Tajuknya berkaitan tentang kejayaan kepimpinan Rasulullah SAW dan relevensinya dengan trend kepemimpinan masa kini dan dalam konteks sekolah adalah berkaitan kualiti kepemimpinan pengawas sekolah.

Saya rasa itulah maksud tajuk yang diberikan kepada saya. Entahkan faham entahkan tidak pengawas2 yang dengar ucapan saya tu. Satu lagi, entahkan sampai entahkan tidak ucapan saya tu dengan tajuk yang diberikan. entahlah. saya tak tahu. Cuma pada pandangan saya itulah yang saya nak sampaikan berdasarkan sedikitnya pengetahuan tentang tajuk tersebut. Orang tak pandai tapi dah dipanggil ustaz kenalah temberang macam pandai. Mudah2an Allah jauhkan saya dari kebodohan ilmu dan kemalasan beramal.

Sebenarnya saya ada rakam suara saya semasa ceramah tersebut berlangsung menggunakan hp saya tetapi terdeletelah pulak. teringin jugak saya upload suara sendiri dalam blog ni.

Sebenarnya dalam benak pemikiran saya, ada 6 prinsip pendidikan kepemimpinan yang dilaksanakan oleh Rasulullah. Sayangnya hanya 3 yang sempat saya utarakan semasa ceramah tersebut.

Di bawah ini saya tuliskan sedikit sebanyak intipati 6 prinsip tersebut.

Mukaddimah :

Kejayaan seseorang itu - tak kiralah dia pemimpin ke, kuli ke, cikgu ke, doktor ke, jurutera ke, arkitek ke, orang bodoh ke, orang pandai ke, orang kampung ke, orang bandar ke, orang felda ke, orang lelaki ke, orang perempuan ke, orang tua ke, orang muda ke atau kanak-kanak ke - bukan berdasarkan kerjayanya, kekayaannya, kekuasaanya, pemikirannya, kedudukannya atau pangkatnya, tetapi sejauhmana seseorang itu dapat mengamalkan agama dalam segala aspek kehidupannya. Dapat berusaha memantapkan iman, memperbanyakkan amal soleh dan memperelokkan akhlaknya, itulah kayu ukur kejayaan manusia dan jin seluruhnya hingga hari kiamat.

Allah SWT berfirman yang lebih kurang maksudnya : " Wahai orang-orang yang beriman bertakwalah kamu kepada Allah dan berkatalah mengenai kalimah yang teguh (mengucapkan dan mendakwahkan Lailahaillah) maka Allah akan memperbaiki dan memperelokkan amalan kamu, Allah akan mengampunkan kamu, Dan sesiapa yang mentaati Allah SWT dan Rasul-Nya SAW maka dia termasuk dalam golongan mendapat sebenar-benarnya kejayaan"

Semua amalan dan perbuatan serta pertuturan hendaklah dilaksanakan mengikut dasar takwa dan dakwah, maka Allah akan membuka pintu islah diri buat kita. Maksud saya ialah jadilah doktor yang sentiasa islah dirinya. Jadilah guru yang sentiasa islah dirinya.

Lihatlah Rasulullah yang telah berjaya mendidik para sahabat baginda sehingga mereka yang kaya pun sentiasa bersedia mengorbankan diri, harta dan masa mereka untuk agama. Sahabat yang miskin pula tidak merasakan kemiskinan satu bebanan yang menyebabkan mereka tidak melakukan apa-apa untuk agama.

Inilah kejayaan Rasulullah melahirkan setiap seorang dari sahabat baginda pemimpin-pemimpin yang mesti dijadikan contoh dari zaman dahulu hingga zaman berakhir nanti. Rasulullah telah mengajar banyak perkara mengenai kepemimpinan kepada para sahabatnya tetapi ulama berkesimpulan semua didikan Rasulullah itu berkaitan dengan 6 prinsip berikut :

Prinsip 1 : Keyakinan yang teguh terhadap kalimah Lailahaillah Muhammadurrasulullah.

Maksudnya ialah memperbetulkan keyakinan kita supaya kita sentiasa berkeyakinan tanpa sedikitpun ragu bahawa segala sesuatu di dunia ini terjadi dan berlaku adalah hasil atau impak daripada kudrat dan iradah Allah SWT. Matahari mengeluarkan cahayanya kerana itulah kehendak Allah kepadanya. Alam bergerak berdasarkan kehendak Allah. Kejayaan manusia juga samada dia pemimpin atau yang dipimpin bergantung sejauhmana manusia itu dapat melakukan segala sesuatu mengikut kehendak Allah SWT.

Apakah perkara itu yang berlaku pada masa sekarang ini?

Contohnya, sebuah hadis Nabi berbunyi "Jika kamu melihat orang selalu berulang-alik ke masjid maka bersaksilah kamu tentang keteguhan iman mereka"

Bila kita mendengar hadis ini, cuba kita renungkan sekerap manakah kita bercita-cita menjadi orang yang beriman dan pada masa yang sama pula manusia akan menjadi saksi untuk kita di akhirat nanti tentang keimanan kita.

Takkan para orang tua sahaja atau para ustaz sahaja atau para pak haji sahaja perlukan keimanan dan kesaksian manusia di akhirat nanti.

Sayangnya, hanya segelintir manusia sahaja mempunyai kesedaran ini.

Oleh sebab itulah kita gagal melahirkan pemimpin yang berwibawa yang sanggup bekerja atas dasar kecintaannya kepada Islam.

Umat Islam sudah sampai ke tahap tidak merasa apa-apa jika melanggar kehendak Allah. Cuba tuan-tuan bayangkan jika matahari berhenti mengikut kehendak Allah untuk mengeluarkan cahayanya hingga masa yang telah ditetapkan. Maka dunia akan menjadi busuk. Tiadalah lagi udara. Tiada lagi angin. Bayangkan jika proses fotosintesis berhenti berkitaran mengikut sunnahnya. Semua makhluk di bumi akan mati dan hancur.

Begitulah juga jika manusia sudah tidak pedulikan kehendak Allah. Hanya kepentingan diri dan nafsu serta akal fikiran sahaja yang menjadi panduan dan ikutan, dunia juga pasti akan hancur kerana keberlangsungan kewujudan alam adalah berdasarkan kemahiran dan keupayaan manusia menguruskannya mengikut kehendak Allah.

Apakah kehendak Allah yang mesti dilaksnakan oleh manusia? Ianya adalah menjadikan ketaatan kepada perintah Allah mengikut cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah sebagai landasan segala sesuatu di dunia ini.

Segala aspek kehidupan mesti dijalani berdasarkan prinsip ini. Bayangkan iman itu mempuyai lebih 70 cabang yang menurut Allamah Aini iman mempunyai 77 cabang. Setiap perkara yang ada dalam agama adalah berkaitan iman, walaupun perkara tersebut adalah amalan yang kecil sahaja bahkan selalu diperkecilkan oleh manusia.

Sebutlah apa sahaja amalan agama pasti berkaitan dengan iman. Contohnya berbakti kepada kedua ibubapa merupakan cabang iman. Menuntut ilmu merupakan cabang iman. Berbuat baik dan berkasih sayang sesama insan merupakan cabang iman. Adakah makan tangan kanan yang biasa diamalkan oleh Nabi itu bukan sebahagian cabang iman. Sedangkan menyakini dan beramal dengan sunnah Nabi merupakan cabang iman.

Oleh itu ingatlah jangan memperkecilkan apa sahaja urusan dan amalan dalam agama kerana sekecil-kecil amalan pun sangat besar pahala dan ganjarannya di sisi Allah.

Antara banya-banyak amalan yang teragung sekali adalah solat.

Prinsip 2 : Berusaha memperbaiki solat dengan mengamalkannya dengan khusyuk dan khudu'

Maksudnya ialah sebagaimana solat - merupakan perintah Allah - mesti dilaksanakan mengikut cara yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah, begitu jugalah semua amalan agama hendaklah dilaksanakan mengikut cara Rasulullah.

Dengan itu, setiap amalan yang kita lakukan akan bertetapan dengan kehendak Allah. Ini adalah syarat penerimaan amal kita oleh Allah.

Contohnya, bilakah masa menunaikan solat fardhu yang paling disukai oleh Allah? Maka lihatlah Rasulullah. Rasulullah menunaikan solat pada awal waktu.

Contohnya lagi, di manakah tempat menunaikan solat fardhu yang paling disukai oleh Allah? Maka lihatlah Rasulullah. Rasulullah solat di masjid.

Contohnya lagi, cara apakah menunaikan solat fardhu yang paling Allah suka? Maka lihatlah Rasulullah. Rasulullah solat secara berjemaah.

Contohnya lagi, bagaimana cara bermuamalat, bermunakahat, bermu'asyarat dan beribadat yang paling disukai Allah? Maka lihatlah Rasulullah.

Di sinilah bermula kejayaan atau kegagalan manusia. Samada manusia mengikut kawalan pemikiran dan hawa nafsu semata atau berbuat dan beramal mengikut kehendak Allah.

Jika manusia memilih untuk mengikut jalan kawalan pemikiran dan hawa nafsu semata maka sampai bila pun seorang muslim samada sebagai individu atau pemimpin tidak mungkin akan cemerlang dalam semua bidang yang diceburi. Kalaupun berjaya pasti tiada gunanya kerana tiada redha Allah bersamanya.

Jika manusia memilih untuk mengikut jalan hidayah Allah berdasarkan kehendak Allah, maka lahir individu dan pemimpin muslim yang cemerlang yang sentiasa islah hubungannya dengan Allah, manusia dan alam. Alam tercipta dengan kehendak Allah. Allah pula berkehendak alam ini berfungsi dan berperanan ataas prinsip sunnatullah yang telah ditetapkan. Kalau manusia juga memainkan pernanannya berdasarkan prinsip itu, pasti dunia ini adalah tempat paling aman dan membahagiakan untuk didiami.

Oleh itu, persoalan kini bagaimana kita hendak mengetahui keseluruhan kehendak Allah yang patut kita laksanakan dalam bentuk amalan mahupun percakapan dalam kehidupan kita sebagai individu dan pemimpin muslim?

Semua ini dapat dilaksanakan dengan menuntut ilmu.

Prinsip 3 : Berkeyakinan hanya ilmu Allah ilmu yang hakiki dan setiap masa hendaklah terisi dengan zikrullah

Maksudnya ialah kita mesti mempunyai keyakinan betul dan mantap hanya ilmu Allah sahaja yang benar dari sejak azali dan qadim. Al-Quran adalah ilmu Allah yang azali dan qadim. Oleh itu kebenaran al-Quran mutlak dan tak mampu manusia nak mempertikaikannya sampai bila-bila.

Sedangkan ilmu selain ilmu Allah hanyalah kemahiran-kemahiran dan disiplin-displin serta kajian-kajian manusiawi yang langsung tidak dapat menandingi kebenaran ilmu Allah. Kajian-kajian manusiawi kebenaran dan eksistensinya sangat bersifat relatif dan berubah-ubah.

Contohnya, satu masa dahulu pernah dikatakan orang bahawa bumi itu mendatar tetapi kemudiannya terbukti bumi itu bulat.

Contohnya lagi, satu masa dahulu pernah dikatakan orang bahawa matahari mengelilingi bumi tetapi kemudiannya manusia menukar pandangan berdasarkan kajian imperikal adalah bahawa bumilah yang mengelilingi matahari.

Oleh itu, kebenaran yang relatif selalu berubah ini tidak boleh dijadikan sandaran mengetahui kehendak-kehendak Allah dalam bentuk perintah-Nya dan larangan-Nya itu.

Hanya ada satu cara sahaja untuk mengamalkan sesuatu atau meninggalkan sesuatu dengan perasaan yakin dan kepercayaan yang mantap iaitu melalui ilmu wahyu iaitu al-Quran dan al-Hadis.

Sedangkan ilmu wahyu itu tidak mungkin dapat difahami melainkan dengan jalan penyampaian sahabat Rasulullah yang didengar sendiri oleh mereka melalui lidah Rasulullah. Kefahaman terhadap penyampaian sahabat tidak mungkin tercapai melainkan dengan jalan diredahai Allah iaitu melalui para ulama yang hak (ulama yang mengamalkan sunnah). Memahami pengajaran ulama hanya akan tercapai dengan jalan pembelajaran terus kepada guru yang murshid dengan hati yang terbuka luas kepada kebenaran yang hak dan eksistensi akal berperanan menyokong kebenaran tersebut.

Mengetahui kehendak-kehendak Allah hanya dapat dilakukan melalui pemahaman terhadap ilmu-ilmu masail atau ilmu tentang hukum-hakam dan segala yang berkaitan dengannya.

Contohnya, apakah hukum melayani tetamu yang datang kerumah. kadang-kadang ada tetamu yang diundang ada juga yang tidak diundang.

Tetapi pada masa yang sama azan solat fardhu telah berkumandang. Apakah yang patut saya lakukan? Solat dulukah? atau terus melayan tetamu yang bertandang? Sedangkan kedua-dua wajib.

Oleh itu, merupakan suatu kemestian buat kita untuk memahami ilmu mengenai keutamaan-keutamaan. Manakah satu kehendak Allah yang terzahir dalam perintah-Nya yang mesti saya dahulukan dan utamakan.

Berdasarkan al-Quran dan al-Hadis serta pandangan ulama, maka kesimpulannya solat hendaklah diutamakan. Yang terbaik sekali ialah mengajak tetamu yang datang itu ke masjid bersama-sama kita (jika lelaki), setelah selesai solat maka urusan bersama tetamu boleh disambung semula.

Para pembaca yang budiman sekalian, maka terhasillah dua amalan yang menjadi asbab Allah redha dengan kita.

Fokus kita di sinilah ialah setiap amalan yang dilaksanakan dapat menghasilkan redha Allah. Untuk mendapatkan redha Allah mestilah pelakasanaan setiap perintah berdasarkan ketentuan-ketentuan yang telah digarispandukan oleh Allah.

Maka terzahirlah ilmu itu menjadi asbab hubungan kita dengan Allah semakin hampir. Hubungan dengan Allah akan sangat-sangat hampir apabila kehendak-kehendak-Nya dipatuhi.

Contohnya, seorang ayah pasti redha dan suka dengan anaknya yang mentaatinya setiap masa dan keadaan.

p/s : sampai disini sahaja tazkirah kepimimpinan Rasulullah yang saya sampaikan pada hari Sabtu lepas 31/10/09 dihadapan pemimpin-pemimpin pelajar SMPL sempena konvensyen pengawas sekolah. Sebanarnya banyak isu yang saya tak saya sebutkan di sini.

Oleh itu, mesti difahami bahawa tulisan saya ini adalah intipati ceramah saya pada hari tersebut. Segala kekurangan dari segi bahasa mohon dimaafkan.

Para pembaca budiman, tunggu sambungan tulisan saya ini...

Sekian.... catatan biasa dari guru biasa... terima kasih...