Sunday, June 7, 2015

Assalamualaikum

Salam Syaaban

Salam Ramadhan yang bakal menjelang

Saya baru sahaja berjinak-jinak dengan bisnes online beberapa hari lalu

Saya cuba mencari-cari ilmu berkaitan dengan berbisneS dalam alam maya

Dalam cari-cari terjumpa website TENTANG SIMKAD BARU....

SAYA TENGOK ADA POTENSI BERKEMBANG SEBAB SEMUA ORANG GILA BERHANDPHONE......



JOM BISNES ONLINE DENGAN BESTMOBILE

KLIK AJE DI SINI


Sunday, October 31, 2010

ayah

Ayah yang saya panggil abah
Ayah yang sangat garang semasa kecil saya
Bahkan hingga saat ini masih terasa ketegasan seorang ayah
ketika nasihat diberi
ketika teguran diungkap
ketika bicara diskusi dilontar

Ayah yang sudahpun meniti usia tua
Dulu saya tak mengerti sayang dan kasih ayah
Dulu saya tak tahu erti pengorbanan ayah
Dulu saya masih terlalu muda untuk memahami jerih payah ayah
Dulu kerakusan zaman remaja menghilangkan kebaikan-kebaikan ayah di mata saya

Ayah yang semakin uzur dalam tabahmu
Ingin sekali saya habiskan semua sisa masa untuk ayah
Melayari hidup saat bersama ayah
Kerana kini saya semakin mengerti
Ayah Garang bukannya benci
Ayah Marah bukanya bermusuh
Ayah Tegas bukannya militari
Ayah Rotan bukannya dendam

Ayah yang hari-hari saya bersama saya semakin pendek
Kerana sibuk yang selalu jadi alasan
Kerana jarak yang selalu jadi sebab
Kerana sejuta alasan yang kuberi
Moga mampu saya tebus dengan sedikit khidmat dan bantuan

Ayah yang bercucuran peluh keringat
Untuk sesuap dua nasi buat kami
Untuk seteguk dua air penghilang dahaga buat kami
Untuk sehelai dua baju raya untuk kami
Untuk sepasang dua sepatu sekolah buat kami
Hanya untuk kami anak-anak ayah

Ayah yang redhomu saya rayu
Ayah yang redhonya itulah redho Allah
Ayah yang bencinya itu benci Allah
Ayah yang cintanya pada sepenuh jiwa
Ayah yang sentiasa cuba memahami kami
walau dalam individunya sendiri

Wahai Allah!
Saya rayu padamu Wahai Tuhan!
Kasihanilah ayah
Cintailah ayah
Pandanglah kebaikan-kebaikan ayah
Tutuplah keburukan-keburukan ayah
Penuhkanlah dada ayah dengan cinta kepadaMU Ya Allah!
Suburkanlah kasih sayang saya dan ayah

Wednesday, May 19, 2010

CERITA PALING LAWAK TAPI MENYAKITKAN HATI......

Minggu peperiksaan datang lagi. Itu petanda yang jelas untuk para guru, seberat-berat mata pelajar belajar, berat lagi mata guru mengawas peperiksaan......

Khamis, 20 Mei 2010, hari inilah tu............ peperiksaan Bahasa Melayu sedang dijalankan untuk kelas tingkatan 4 dan 5. takde ape yang pelik dan menggemparkan yang boleh dijadikan bahan cerita politik sempit kepartian..... atau sekadar cerita macam bagus aje di kantin sekolah.....

Tapi..... yang hairan bin ajaibnya dah berpuluh tahun merdeka, pelajarnya semua melayu, di sekolah kebangsaan, pengajarnya berbangsa melayu, bertutur saban hari pun dalam bahasa melayu, bersmspun dalam bahasa melayu..... pendek kata, semua dalam semangat orang melayu.... TAPI TAK LULUS BAHASA MELAYU....

HA....HA....HA.... LAWAK BODOHNYA........ GILA BABAS PUNYA LAWAK NI.... RASA NAK KETAWA LAGI..... HA....HA.....HA......

Maka, bertelah-telahan segala rakyat jelata.... dari semua tingkat dan peringkat usia dan harta...... berbalah-balah serta berdebat-debat semua mereka menegakkan benang-benang yang basah......

Seorang rakyat di kenal seantero alam buana melayu pun menjerit..... INI MESTI CIKGU TAK PANDAI NGAJO!!!!!!..... betul jugak, akal hamba berfikir... TAPI CIKGU BAHASA MELAYU DI SEKOLAH ITU DAH RAMAI YANG TERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG, MESTI BAGUS MENGAJO.....hamba sEtuju yang itu....

Terdengar pula laungan bak halilintar bergema di ruang maya nuasantara, MENGELUARKAN SUARA....

aHhhhhhhhHHHHH.......... macam nak pekak telinga hamba, sebab semua orang ada mulut, semua orang fikir logik sendiri.... yang peningnya semuanya nak bercakap tapi TAK SATU PUN BOLEH DIJADIKAN PEMANGKIN MELAHIRKAN UMAT MELAYU YANG LULUS BAHASA MELAYU SERATUS PERATUS DALAM PEPERIKSAAN AWAM MALAYSIA DI NEGARA SENDIRI...

P/S : MASIH PENING.....

Thursday, November 19, 2009

SAFAR NOVEMBER 2009

ADA HATI TERGURIS DENGAN BICARAKU,
ADA HATI TERLUKA DENGAN TULISANKU,
ADA AIRMATA BERJURAI KERANA KEKASARANKU,
ADA BENCI DALAM DADAMU KERANA TINGKAHKU,
ADA MARAH DENGAN KOMEN-KOMENKU.

SEMUA ITU KERANA BANYAKNYA KHILAF DAN SALAH DIRIKU YANG PENUH DENGAN DOSA DAN SALAH,
YANG SELALU LUPA DAN ALPA,
YANG SELALU BURUK SANGKA,
YANG SELALU BANGGA DENGAN KEKURANGAN DIRI,
YANG SELALU IRI DENGAN KEBAHAGIAN MANUSIA,
YANG SELALU GAGAL MEMAHAMI JIWA-JIWA MANUSIA,
YANG SELALU SALAH DAN MALAS UNTUK BERUBAH.

WAHAI TEMAN DAN KENALAN,
CUTI PANJANG AKAN BERMULA,
BERSAMA TANDA BESAR DI KALENDAR 21 NOVEMBER 2009 AKU AKAN BERSAFAR MELAKUKAN PERJALANAN RABBANIYAH,
MENCARI CINTA ABADI REDHA ILAHI.

BELAJAR MEMAHAMI SEMUA TANDA DAN ALAMAT.
CUBA BETULI DIRI BERSIHKAN JIWA.
DOAKAN PEMERGIANKU INI DALAM RAHMAT DAN HIDAYAH ILAHI.
DOAKAN PEMERGIANKU INI BERSAMA SENYUM DAN MAAF INSANI.
SELAMAT BERCUTI.
AMPUNKAN AKU MAAFKAN AKU.

Thursday, November 12, 2009

tontonlah video mengenai wahabi lagi yang saya kumpul dari youtube.

anda sebenarnya mungkin dah pun tengok video2 tetapi saya kumpulkan ini untuk mudahkan lagi akses kepada maklumat ttg wahabi...

selamat menonton .....
































P/S :SAHABAT-SAHABATKU SEKALIAN, MASIH BANYAK KOLEKSI TENTANG WAHABI INI. INSYA ALLAH AKAN BERSAMBUNG PADA MASA AKAN DATANG....

Saturday, November 7, 2009

Gerakan Wahabi

Tontonlah video ini.....

Ini adalah antara penjelasan mengenai gerakan wahabi...

saya tak kata saya pro atau kontra mengenai syarahan ustaz ini tetapi saya nak mengajak saudara-saudara sekalian mengumpul beberapa maklumat mengenai gerakan wahabi.

">

Tuesday, November 3, 2009

1 Harapan 1 Perjuangan 1 Bangsa Malaysia Yang Harmoni

Saya tahu mungkin anda dah pun tonton video ni....

Saya rasa idea 1 malaysia tu lebih baik dilaksanakan di bawah panji-panji perlembagaan rakyat yang dipaparkan dalam video ni....

Ini adalah suntingan daripada versi penuh dokumentari Malaysia 10 tahun sebelum kemerdekaan...

Berkaitan Perlembagaan Rakyat dan Perlembagaan Federation

Selamat menonton....





Faham maksud saya??????
Tak faham tanya!!!!!!!!!!!!!

Indahnya 1 malaysia tanpa diskriminasi....
Harmoninya 1 malaysia tanpa syak wasangka...
Amannya 1 malaysia tanpa tuding-menuding mencari salah orang lain...

Tapi......

Siapa yang mampu menulis semula sejarah...

Dan apakah sejarah perlu ditulis semula??????

Last sekali komen pakar sejarah mengenai video ini....



Hari ini adalah kesan corak pemikiran pelakar sejarah masa lalu...

Takkan kita sebagai pelakar sejarah masa depan akan melakukan kesalahan yang sama???

Lu fikirlah sendiri.....